Pages


Ibadah : Dosa Kecil dan Dosa Besar

Pengertian dosa:
  • Amalan yang melanggar hukum Islam
  • Dosa terbahagi kepada 2 iaitu dosa kecil dan dosa besar
Dosa kecil:
  • Amalan yang melanggar hukum Islam yang larangannya tidak dengan ancaman dan kemurkaan daripada Allah
Contoh-contoh dosa kecil:
  • Membazir
  • Membuat masa
  • Membuang sampah merata-rata
  • Melihat perkara yang haram
  • Mendengar perkara yang melalaikan
Dosa besar:
  • Amalan yang melanggar hukum Islam yang larangannya disertai dengan ancaman dan kemurkaan daripada Allah
Contoh-contoh dosa besar:
  • Syirik
  • Sihir
  • Membunuh
  • Memakan harta anak yatim
  • Memakan riba
  • Lari dari medan pertempuran
  • Menuduh seseorang berzina
  • Meninggalkan perkara fardu
  • Derhaka kepada ibu bapa
  • Minum arak
  • Berzina dan liwat
  • Mencuri
  • Terus melakukan dosa kecil
  • Berputus asa daripada rahmat Allah
  • Riak dan takbur
  • Berbohong
Cara menghapuskan dosa kecil:
  • Melakukan amalan yang banyak dan ibadat kepada Allah serta memperbanyak ucapan "Astaghfirullah al-'azim"
Cara menghapuskan dosa besar:
  • Bertaubat
  • Menyesal atas perbuatan dosa yang dilakukan
  • Meninggalkan perbuatan dosa
  • Berazam tidak akan mengulangi perbuatan dosa
  • Meminta maaf sekiranya melibatkan sesama manusia